Thursday, February 28, 2013

Tension!!

aku rasa dah cukup besar kot kabel aku pakai dalam proses pertukaran nih.. membe yang sama2 mintak tukar pakai kabel yang sama boleh dapat tapi aku pulak tak dapat??

rupa2nya selepas di'riki'kan Ketua Cawangan aku yang tak lepas kan aku bertukar

kenapa?
kenapa?
kenapa?

ko dah tak suka aku.. hari2 cari salah aku.. buat apa nak simpan aku lagi kat pejabat ko?? ko tak puas lagi ke seksa aku??

ko memang sial
ko memang sial
ko memang sial

-full stop-

Sunday, February 24, 2013

Apa Aku Nak Buat Dengan Menda Ni..

Hari tu aku beli powerbank ni.. Sebab konon nya nak bagi kat si dia.. Dia selalu mengadu bateri henpon dia cepat abis.. Kat sana mahal katanya.. So masa dalam proses aku nak surprise dia last2 aku yang kena surprise balik..
Sudahnya aku tak tau nak buat apa dengan powerbank ni.. Jual balik kot.. Tapi sapa la nak beli.. Tak pe la.. Simpan buat tokpekong je la kat rumah ni..
Hmmmmmmmmm....

Post Mengarut

kadang2 untuk capaikan apa yang kita nak kita kena tinggalkan apa yang menyesakkan kita. tapi buat apa tinggalkan kalau boleh di jual? memang dia pernah berbakti untuk kita tapi macam biasa lah.. manusia kan mudah lupa.. bila dah mula menyusahkan baik kita tinggalkan je.. dan proses ini akan berterusan sehingga lah kita mati.. sebab kalau kita tak buat macam tu akan ada orang lain buatkan untuk kita.. duniawi.. duniawi..

PARASIT

parasit mengikut sumber wikipedia.com bermaksud macam ni..

Parasitisme adalah sejenis hubungan simbiosis antara spesies apabila sesuatu organisma (parasit) mendapat manfaat daripada organisma lain (perumah) hingga menjejaskan perumah tersebut. Parasit amnya jauh lebih kecil daripada perumah, dan boleh tinggal di luar badan perumah (ektoparasit) atau di dalam badan perumah (endoparasit). Sesetengah parasit boleh menyebabkan penyakit dengan merosakkan tisu-tisu perumah. Ada juga parasit yang menghisap nutrien dalam tubuh perumah. Akibatnya, perumah mengalami kekurangan nutrien yang menjejaskan pertumbuhan dan pengeluarannya, atau dalam sesetengah kes mati.

senang cakap dalam bahasa melayu nya parasit ni hidup menyusahkan orang laa..

dalam konteks diri aku pulak la kan.. aku ni dah menjadi parasit dalam hidup orang.. sebab selalu menyusahkan orang.. tak pernah nak senang kan orang.. dari jadi parasit lebih baik jadi bakteria sebab ada bakteria yang baik yg diperlukan oleh perut..

so sekarang ni aku nak cuba berhenti dari menjadi parasit pada orang lain. sebelum kena round up lebih baik aku BLAH!!

Saturday, February 23, 2013

Baru Perasan

baru perasan.. rupanya ada update post terbaru.. tapi aku rasa bukan untuk aku.. kalau untuk aku kenapa dia ignore aku seharian nih?

JGN PERASAN LA BUDAK GEMOK...!

Selamat Hari Lahir

hari ni hari lahir aku.. pada aku sama je mcm hari2 biasa.. cuma 3 thn kebelakangan ni aku akan dpt call dari insan teristimewa dalam hidup aku dan aku akan mendapat ucapan selamat dari dia.. tapi tahun ni.. tah la.. mungkin dia sibuk dengan tugasan2 dan mungkin dia tak sengaja untuk lupakan hari lahir aku.. tak pe la.. aku paham.. tuntutan kerja kena diutamakan dulu


kek untuk aku sambut hari lahir aku tahun ni.. cukup la.. aku sorang je yang makan.. 
"SELAMAT HARI LAHIR YG KE-34 BUDAK GEMOK!"

Lupa

Dia lupa agaknya..

Thursday, February 21, 2013

Malam Jumaat

malam jumaat yang sunyi.. sama seperti minggu2 sebelumnya..

selamat malam..

take care..

assallamualaikum..

Wednesday, February 20, 2013

Kan Betul Aku Cakap

kan betul aku cakap.. kes kad pajero opis aku yg hilang tu.. dah jumpa balik.. dengan cara yg pelik.. tetiba ada kat dalam beg buku log.. memang pelik.. kenapa pelik? sebab aku sembang kuat2 aku cakap aku nak g 'tengok2' kat bomoh sapa yang hilang kan tu pastu ada member tolong panas line bagitau ada bomoh yang boleh tengok2 kan.. aku cakap aku nak pegi dan siap cakap aku nak bagi sapa yang sorokkan tu buncit perut.. dan2 je besok nya tu ada balik kad minyak pajero tu.. haha.. pada hal aku tak gi pon jumpa bomoh tu..

kesimpulannya.. orang2 kat opis aku tu mudah percaya khabar angin, mudah menjatuhkan hukum sebelum terbukti orang kena tuduh tu bersalah, memang bodoh - full stop -

yang penting dalam situasi aku nih aku adalah PEMENANG

Memang Kena Laa..

aku dah dengar lagu ni banyak kali laa.. lebih 150 juta kali kot tapi arini baru aku dapat dengar dengan khusyuk (?).. rupanya lagu ni sesuai aku bagi kat si dia sebab sama apa yg ada dalam hati aku yg cuma dia je yang tau..

:D
:D


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya

Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua


#thanks sayang sebab memahami hati ini

Tuesday, February 19, 2013

Terubat

walaupun sekejap.. walaupun sedetik.. sungguh aku cakap kan terubat rasa rindu dalam hati..

bak kata org.. "kita top up kredit prepaid skali rm50 rasa rugi sebab kadang xpired gitu je.. tapi kalau kita top up rm10 walaupun terpaksa top up 2 - 3 kiali seminggu lagi seronok dia punya rasa.." betul x?

untuk si dia.. jaga diri baik2.. panjang umur kita jumpa lagi.. sayang awak sangat2

Saturday, February 16, 2013

Travelog

Apa nak buat nih..? Hmm.. Bosan pulak..

Mulai dari hari ni aku ada misi.. Bukan misi kt hospital tu.. Tapi misi dlm bahasa omputih nya mission.. Sebenarnya aku dapat ilham nih dari mimpi aku malam tadi.. Tapi mungkin sebab terbawak2 dari tengok cerita The Beach kat HBO malam tadi agaknya.

Misi aku ialah mencari keriangan, kegembiraan secara solo. Maksud aku secara solo nih ialah aku nak cari sorang2 kalau takde sapa nak follow aku. Kalau ada yg follow tu ok gak laa..

Planning aku sekarang nak cuba macam2 benda sebelum aku mati.

Memula ni aku rasa macam nak jadi backpackers.. Cuba jadi budget traveler. Rasanya kena mulakan dari dalam malaysia dulu la.. Next target Thailand.. Pastu Indonesia.. Kalau ada modal lebih boleh la planning ke Jepun pulak..

Hmmm.. Nak kena mula buat research ni.. Benda tak boleh tangguh2.. Nanti tak sempat pulak..

Ok! Bermulanya episod baru minggu depan!

Friday, February 15, 2013

Playboy.. puuihhh!

jadik playboy lagi senang nak ada market dari jadi lelaki yg jenis setia nih.. simpan pompuan keliling pinggang baru ada pompuan cakap aku ni pandai jaga hati pompuan.. kalau ada awek sorang je kompem2 la aku nih tak pandai tackle pompuan kan? sebab aku tengok lelaki yang kaki pompuan, kaki pegi siam, mata keranjang nih lagi cepat kawin dari lelaki jenis setia nih... puuuiihhhh!

mode : jadik playboy macam dulu2 balik.. so baru la ramai wanita nampak aku ni anggun dan macho

Pukimak!

macam sial kan bila kena sailang dengan membe sendiri. aku dah agak dah.. JENny tak dapat jual sebab ada kaum sailang aku tang koner.. takpe.. takpe..

aku pon tak lapar la duit ko tu.. aku leh usaha cara lain.. selama nih pun aku tak bergantung hidup pada orang.. elok sihat walafiat je aku pun..

aku memang terdesak nak jual JENny tapi dah memang bukan rezeki aku nak buat camne kan??

apa2 hal pun ko memang pukimak!

ehh.. suka aku la nak cakap apa pun.. ko kan suka tengok aku jadi macam dulu balik.. ni baru sikit aku buat..

nak aku buat cara halus??

jangan main2 dengan ORANG JAWA!!

Thursday, February 14, 2013

:D

dalam sedih ada gak gembiranya..

:D
:D
:D
:D

Things I Want to Do Before I Die..

10 things i want to do before i die..

1- pray
2- pray
3- pray
4- pray
5- pray
6- pray
7- pray
8- pray
9- pray
10- die

Tah la.. Perasaan Yg Palat!

Baru dapat sms dari budak yg nak beli JENny tu

Tetiba je dia cancel tak jadi nak amik keta aku tu.. Apekejadah semua nih?? Apsal susah sgt urusan2 aku semua nih??

Memang sial la kalau mende ni melibatkan manusia lain yg menghasut budak tu!! Memang cilake.. Susah2 aku jual JENny ni kat keling botol je nanti!

Yg berjaya menghasut tu tahniah la pada ko. Ko memang sial!

#aku tak de mood hari ni. Tunggu sapa buat palat dengan aku hari ni memang mampos dia aku kerja kan!

Hujan..

Hari ni dari lepas subuh sampai sekarang hujan gerimis tak henti2.. Alhamdulilah hujan rahmat.. Orang cakap berdoa dalam hujan ni cepat dimakbulkan Allah.. Orang cakap la.. Aku usaha je la mana yang mampu.. Hujan ke tak hujan ke doa aku tak henti2 mintak hari2.. Apa yg aku doakan tu biar lah aku dan Allah je yg tau..

Pagi ni jugak buat aku panas hati. Kes semalam yg berpunca dari pajero aku tu dah ada malaun yg tak tau hujung pangkal nak masuk campur.. Nasib baik ada bos tadi. Kalau tak memang melekat dah kerusi kat muka dia..

Petang ni owner baru JENny datang. Semuanya akan bertukar tangan.

Tah la.. Hari ni perasaan bercampur baur.. Suka marah geram gelak semua bercampur.. Tak pe la.. Satu2 aku akan selesaikan.. Allah dah bagi jalan aku akan ikut..

Petang ni nak hantar sagaburuk ganti driveshaft, timing belt dan servis.. Persediaan utk perjalanan jauh..

Sagaburuk : kereta aku yg paling setia

#ineedavacation

Perpisahan

adat kehidupan.. mesti diselangi perpisahan..

malam ni aku berjumpa dengan 'potential buyer' kereta aku.. sama macam aku dulu dia terus jatuh cinta pandang pertama bila tengok kereta aku..

akad telah diucap

maka terjual lah kesayangan aku dengan harga rm18k.. memang agak murah dengan apa yang aku dah buat kat kereta aku nih tapi tak pe la.. rezeki owner baru.. harap dia dapat jaga dengan penuh kasih sayang..

maka hilang lah satu lagi lagenda dalam hidup aku.. mungkin untuk memberi ruang kepada lagenda yang baru..

perasaan bercampur baur.. emo, gembira, suka, tangis, tah lah..

harap aku buat keputusan yang betul.. kepada kawan2 ku.. lepas ni dah takde dah din putra..

#will miss u my JENny..

Wednesday, February 13, 2013

Tanda Tanya..

Setiap persoalan yg dibiarkan dlm bentuk tanda tanya memang menyesakkan aku..

Sesak dada aku nih..
Lost..

Kadang walau jawapan yg dapat tu tak memuaskan hati tapi bagi aku adalah lebih baik dari dibiarkan dalam keadaan tertanya-tanya

Aku nih hanya dicari waktu diperlukan ke?

Sesak dada memikirkan hal macam nih..

Tuesday, February 12, 2013

Pelik

pelik pelik dan memang pelik

tak tau la yang semalam tu memang dia yang chat dengan aku atau si perempuan gila tu.. harini si dia tak de respon apa2 pun segala mesej2 aku..

tah la aku buntu..

aku tak leh berfikir..


Monday, February 11, 2013

Keroncong Untuk Ana


Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu

Ke mana
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan bersama

Ataupun
Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja

Ana... Ana...
Ana... Ana...


Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untukku
Hinggaku
Termanggu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku


#imissusomuch

Friday, February 08, 2013

Sudah Takdir Begitu

walaupun kusedari hebatnya dugaan namun hatiku menaruh harapan..
seringkali ku terasa inginnya kuulangi saat yang indah bersama dirimu..

:'(

:'(

bukan niat kita untuk berpisah tetapi keadaan yang memaksa..

lalu kitapun masih terus saling merindu kerana sudah takdirNya begitu..



#miss u...

Thursday, February 07, 2013

Sakit

allahuakbar..

tadi tengah hari masa nak melangkah masuk surau kaki aku tersadung gelegar pintu surau. kaki yang baru nak baik tergeliat lagi.. sakit memang sakit..

tadi masa nak solat asar terasa cekang nya urat kaki nih.. sakit macam mengalahkan perempuan lepas bersalin pulak. tak pe la.. syukur.. Allah bagi aku sakit waktu aku nak buat kebaikkan. kalau waktu aku nak buat kejahatan? silap2 entry ni pun tak de dah..

tak pe lah.. aku anggap ni semua kifarah dosa2 aku.. ni baru sikit.. orang yang paling aku sayang tu lagi teruk dugaan yang ditanggung.. hmm.. sabar ye sayang..

#sebenarnya aku tengah merindui dia.. apa la agaknya khabar dia hari ni.. :(

Wednesday, February 06, 2013

Tak Faham..

kebelakangan ni aku tengok kawan2 aku makin menjarakkan diri dari aku.. kenapa ek?? mula2 kawan2 rapat aku yg duduk Ipoh.. makin payah nak ajak lepak minum2.. ada je alasannya.. bila ajak keluar dia cakap sibuk.. demam.. bila aku nak lepak rumah dia tengok progress kereta dia dia cakap tak de kat rumah.. keluar dengan family.. yang lain2 tu asyik bagi alasan bersama keluarga..

hal ni nampak nya dah melarat ke Tapah.. geng2 bujang semuanya mengelak nak lepak semeja dengan aku.. ada je alasan.. keluar dengan awek la.. ada hal peribadi la.. ni malam ni aku ajak lepak diorang cakap ke Ipoh pulak.. bila aku cakap nak follow dan2 diorang cakap kereta penuh.. yang jiran aku nih dah dekat seminggu tak nampak batang hidung.. balik rumah, masuk rumah terus tutup pintu.. senyap sampai esok pagi.. tinggal lah aku terkontang kanting sorang2..bila aku tanya masing2 aku ada buat salah ke.. masing2 cakap tak de pape.. tapi dari perlakuan tu aku tau ada benda diorang tak senang dengan aku..

adakah sebab aku dalam proses berhijrah diorang buang aku? salah ke aku berhijrah? aku bukan semakin muda.. bila2 masa ajal aku boleh sampai.. :'(

tak pe la.. dah ketentuan aku diberikan macam nih.. aku redha.. aku hilang kawan2.. hilang orang tersayang.. sebab mungkin Allah nak latih aku untuk hidup sendirian menghadap Mungkar dan Nakir..mungkin lah.. hmmm...

:'(
:'(

Tahniah.. Terkenang..

salam..

balik dari ops tadi anak buah aku dapat berita gembira.. dia dapat kenaikkan pangkat.. sekarang level dia sama lah dengan aku.. tapi aku masih senior dia.. hehehe

waktu nih aku terkenang.. terkenang perkara 3 tahun lepas.. aku ingat lagi aku up status berkenaan kenaikkan pangkat aku di facebook.. dia orang pertama yang like status aku dan ucapkan tahniah pada aku.. aku tersenyum dalam gundah waktu tu..

waktu aku lapor diri di Ipoh aku seperti terbuang.. duduk sendirian di hotel murah utk bermalam sementara dapat rumah sewa.. setiap malam aku mengadu di facebook.. dan dia tak henti2 memberi kata2 semangat utk aku.. hampir setiap hari dia bertanyakan khabar pada aku.. terasa dalam aku kesepian.. keseorangan ada insan yg memerhatikan aku..

waktu aku berlapar mengikat perut sebab tak cukup duit dia jadi peneman aku.. jadi penhuat semangat aku.. sampaikan dia bagi aku duit utk aku menyambung hidup selepas dia tau selama seminggu aku hanya makan roti kosong dan air milo.. waktu itu di kala orang lain memandang aku sepi dia memberi aku cahaya..

waktu terus berlalu.. dari private message ke YM.. dari YM ke skype.. akhirnya kami berdua menajdi pasangan kekasih..

susah payah aku dia tak pernah menoleh kebelakang.. tak pernah menyesal memilih aku yg tiada apa2..

hmmm..

dugaan.. ye.. dugaan kami tak terkira banyaknya.. hanya kerana hasad dengki orang yg tak boleh tengok kesenangan kami..

kesabaran manusia mungkin ada had nya.. kami bukan maksum umpama nabi dan rasul.. akhirnya kami berkesudahan begini.. tiada noktah atau koma..

memang selalunya setiap kali perbalahan berpunca dari aku.. kadang2 aku terfikir kenapa aku macam ni.. tak menghargai  orang yg menerima hati aku dengan tangan terbuka,, yg membentangkan karpet merah ke dalam hati nya.. ternyata aku memang tidak pernah bersyukur

Ya Allah.. dikala ini Kau telah mendengar rintihan hati ku.. makbulkan lah segala doa2 ku di waktu solat ku.. amin2 ya rabbal allamin

#walaupun apa yg dia fikirkan tentang aku. hati aku tetap tak berubah..

Fauna Datang Menjengah

Tadi fauna datang menjengah.. Ngeri lak tgk saiz dia.. Kalau la masuk dalam baju.. Fuhh.. Mintak selisih laaa...

Layan..

Salam..

Mode pagi ni.. Layan rock kangkang..

BumiPutra Rockers / BPR

Sudah Sampai Sini

Bermusim
Silih berganti bulan mentari
Pejam celik tak terasa aku
Sudah sampai sini
Sudah sampai sini

Bergerak
Berlagu hanyalah seketika
Tinggal aku dalam kerugian
Dia pasti pegi
Dia terus pergi

Selagi terikat satu janji setia
Selagi itu tercatit kisah semua
Di sana kepastian akan menanti kita

Di situ tanda tanya
Di situ haluannya
Di situ tanda tanya
Di situ haluannya

Antara kau aku ada satu rahsia
Pasti terbongkar di tarikh yang tersedia
Tersenyum dan menangis satu antara dua

Selagi terikat satu janji setia
Selagi itu tercatit kisah semua
Di sana kepastian akan menanti kita

Bermusim
Silih berganti bulan mentari
Pejam celik tak terasa aku
Sudah sampai sini
Sudah sampai sini

Salam..

Mungkin entry kali ni agak kelainan sikit.. Aku berniat walau pun tujuan asal blog aku ni adalah untuk dia dan selepas ni aku tak tau nak tujukan blog ni pada sapa.. Aku tetap akan post apa2 entry dan cuba maintain blog ni walaupun dia dah x amek pot lagi.. Aku anggap blog ni tempat aku luahkan perasaan dan apa saja yg terpendam dalam hati aku ni..

Aku akan cuba buat entry yg 100% berkenaan diri aku. Walaupun org akan ckp aku syok sendiri (ada ke org nak baca blog aku ni?) tapi aku tak kesah. At least kalau aku mati blog ni akan jadi sebahagian dari sejarah hidup aku. Sekurang2 nya sedikit sebanyak org akan tau cerita sedih suka duka gembira aku..

Ok la.. Aku dah melalut dah ni. Aku cuba tak nak emo lagi dah..

Kepada dia.. Awak dah buat keputusan awak. Tak pe la. Sy hormat keputusan awak.. Awak akan tau juga hal sebenarnya nanti

Untuk yg lain.. Nantikan entry aku yg boleh dijangka akan menjadi semakin mengarut..

Chow!!

Tuesday, February 05, 2013

do u like it??

yeahh... now u got what u want.. marvelouse.. this means war to me..

tak muncul2 pulak hanjing bangsat yang dok menyalak nak pecahkan 
mukaGearlinkage Vtec & the gang....berani lu sentuh kawan2 gua bro...!!! Aku kenal ko sial!!!!!

berbangga lah sekarang kan sy dipanggil hanjing..????

:))
:))
:))

ini lah kawan awak yang SANGAT2 wak sayang kan tu kan???


THANKS A  LOT SAYANG

What plzz?

Oh hoo.. Sukan dari jam 10pm waktu doha ke?

Whatsapp boleh reply nape post kat sini tak boleh reply?

Semalam beria sangat nak penjelasan sy sampai tak fikir sy penat ke tak.. Makan ke tak.. Time waktu keja ke tak..

Hal sy kena langgar langsung tak berbangkit..

Oh lupa.. Tu semua tak sepenting hati kawan2 awak.. Ok la..

Selesaikan la segala urusan awak tu dulu.. Sy tak perlukan penjelasan apa2 dari awak.. Plzz?? Ye plzz yg ini sy akan bagi kat awak..

Assallamualaikum..

Nak senyap ek??

Ok la nak senyap kan??
Ok sy senyap..
Senyappp terussss...

Kenapa Senyap??

Kenapa senyap?? Sy tak tido semalaman malam tadi tunggu awak..

Apa lagi fakta sy yang tak betul?? Nak tau gak apa yg sy cakap kan last malam tadi tu betul ke salah

Kerana nak puas kan hati awak awak tak peduli pun yg sy baru balik keje ke camne.. Makan ke tak sy.. Tak pe la.. Kita berdebat hal ni sampai awak puas.. Tidur pun tak guna tinggal 3jam setengah je lagi utk subuh.. Pukul 7am dah masuk keje balik

Sapa je tau?

Awak ckp sapa je yg tau awak janda??
Awak sedar tak awak ckp ape ni..
Tak kan kawan2 awak tak perasan..
Awak up pic anak2 tapi mana pic bapak nya?
Kalau tak de kawan2 awak yg tau awak janda kenapa suruh awak kawin sedangkan dah nampak pic awak dengan anak2?

Sy tak nak cakap sapa orang yg bagitau tu sebab dia tak de apa2 masalah dengan sy. Dan dia berniat nak pesan kat sy suruh perhatikan awak sebab hal awak jadi buah mulut.. Itu saja.. Simple.. Kalau sy ni jenis melenting tak memasal cemburu buta tak bertempat awak rasa apa jadi kat kawan2 awak tu?? Ingat sy nak tgk saja ke?? Fikir dulu la kalau nak fikir sy ni dayus ke apa ke.. Awak jauh kat sana.. Kawan2 awak tu semua kat sini.. Ingat sy tak bole ke cari diorang??

Kenapa sy tak gemar awak up kan pic2 awak sangat.. Ada sebab.. Bukan sebab cemburu buta.. Sebab benda2 macam ni.. Setiap kali awak up brapa ramai lelaki yg like pic awak?? Awak ada fikir kan sy x?? Awak boleh ckp.. "Tu dah luar kemampuan sy utk halang orang2 like pic sy"

Jadi awak memang tak bagitau kat orang ramai yg awak tu janda tapi secara tak langsung awak bagitau kat semua orang yg awak tu janda.. Tak percaya cakap sy? Awak pilih secara random kawan2 awak yg selalu post status atau like apa saja kat wall awak dan tanya apa yg diorang tau pasal status awak tu dan tengok apa jawapan diorang..

Kalau sy salah sy mintak maaf..

Sy suruh awak berjaga2 bukan terus serang tak tentu hala.. Orang bole deny macam2 kalau dah kantoi.. Sy cakap macam tu sebab dah lama sy bagi hint kat awak tapi awak ignore.. Dalam hati awak tu tanam kan yg sy ni kuat cemburu..

Mesti dah lupa kan kesah pasal syah seremban tu.. Sy penah halang then awak ckp dia awak anggap sebagai abang dan dia anggap awak sebagai adik.. Finally? Awak nak mende macam tu jadi lagi sekali ke kat awak?

So sy cakap sekarang ni pun awak lagi nak perlekeh2kan sy.. Awak ingat sy tak de perasaan ke orang buat awek sy macam ni?? Awak ingat saja2 ke sy up status yg copy paste dari farid awaludin tu??

Selama ni sy diamkan je sebab sy tak nak awak anggap sy ni cemburu buta. Tapi bila sy cakap awak bole pertikaikan tindakkan sy pulak.. Awak ada fikir tak maruah sy bila awak cakap kawan sy flirt dengan awak tapi awak tak nak cakap sapa orang tu?? Tak pe la.. Sy dah tau sapa orang2 tu..

So sy tak suruh pun awak serang dan tanya pada orang tu yang tentu2 akan deny segala soalan awak.. Dan kalau awak rasa tak nak berjaga2 terpulang la pada awak.. Sy cuma nak cakap 'sy dah pesan kat awak tentang hal ni'

Terpulang..

Terpulang la pada awak.. Tak perlu ambil serius sgt cakap2 sy.. Sy hanya cemburu buta saja.. Hati kawan2 awak lagi penting utk dijaga..

Terpulang pada awak..

Cari sendiri..

Sy tak kan cakap sy dapat tau dari siapa yang sy boleh cakap sy dapat dari geng2 EF jugak..

Awak siasat la sendiri.. Yg nyata cerita pasal awak dah tersebar pada budak2 EF yg lain.. Dan mereka saling cabar mencabar tengok sapa yg dapat tackle awak.. Tak kan awak tak perasan fren request awak tiba2 je ramai yg awak tak kenal request nak fren dengan awak.. Yg menyampaikan cerita pasal awak ni pada diorang tu pun kawan2 awak jugak..

Sy tak kan cerita sebab awak pun tau sapa sy kan.. Bila ada benda yg sy cuba halang tu makna nya ada la yg tak sedap pada mata sy.. Tapi macam biasa awak hanya akan cakap yg sy ni cemburu buta.. Buta ke tak buta ke awak cuba la approved request diorang tu dan tengok apa yg jadi..

Sy baru balik
Sy baru sampai rumah
Sy nak mandi
Sy letih
Sy lapar
Sy kena langgar tadi

Itu je sy nak bagitau..

Nite2
Jaga diri
Assallamuallaikum

Monday, February 04, 2013

Ok memang salah saya

Langsung tak fikirkan hal kawan2 awak menjaja kisah awak kan?

Keburukan kawan2 sy nyata depan mata..

Keburukan kawan2 awak awak buat tak nampak.. Kenapa? Mulia sangat ke kawan2 awak dari sy?

Tak pe la.. Awak dah rasa macam tu kan.. Awak buat la.. PM la kawan2 sy tu sebab sy tak cukup berani nak PM kawan2 mulia awak yang ketara sangat ambil berat pasal awak sejak sy bukan lagi dalam frenlist awak tu..

Kirim salam kat kawan awak Gearlinkage Vtec tu dan rakan2 nya dengan ucapan.. Tolong berhentikan menjaja cerita pasal awak sorang janda yang boleh di ejas sebelum pecah muka dia sy kerjakan

Fikir kan balik..

Sy sengaja pakat dengan dia nak tengok macam mana pulak perasaan awak.. Awak terasa sakit nya hati kan?

Awak ingat selama ni mudah sy nak terima orang lain? Semudah hati nak terima orang lain?

Tak pe la. Setiap kali akan jadi macam ni.. Sy lupa sy tak boleh tanya awak macam2 lagi.. Mungkin betul awak cakap.. Tak semua benda kita boleh kongsikan..

Sy tak mudah nak anggap awak ada lelaki lain tapi orang lain mudah nak anggap awak dah tak de kekasih.. Maaf la. Sy tak de hak nak cakap macam tu kat awak.. Tak pe la. Sy pejam kan mata je tengok semua ni..

Terus terang sy cakap. Sy memang tak de kawan pompuan lain yang boleh diklasifikasikan sebagai rapat.. Yang boleh berjumpa minum makan sama2 waktu ketiadaan awak. Tak kisah la kalau awak cakap sy membohong tapi itu hakikatnya. Sy bukan lagi macam dulu ada simpan skandal sana sini. Even dengan kesemua adik2 angkat sy pun sy dah putuskan hubungan sebab nak menjaga hati awak..

Awak.. Sy bukan cemburu buta.. Kalau awak rasa sy selalu jatuhkan maruah awak awak fikirkan la adakah kawan2 awak yg bebas bersembang dekat wall awak tu tanpa fikir siapa sy dengan awak ada menjaga maruah awak? Awak sedar tak diorang menjaja kisah awak?

Ok.. Sy salah.. Salah sebab bangkitkan hal ni lagi.. Sekarang terpulang la pada awak.. Kalau awak rasa sy ni banyak menghina awak mencerca awak.. Dan awak rasa kawan2 awak tu sopan baik budi pekerti awak pilih lah yang terbaik.. Mungkin tak de guna awak nak simpan orang macam sy ni lagi..

Entah..

Ramai org yg tau pasal awak dari sy sendiri.. Sebab apa yg diorg sembangkan macam benda tu dah lama jadi dan sy tak tau.. Shah alam? Wow..

Baru hari ni sy tau awak ada cita2 nak duduk kat shah alam.. Tapi pelik gak.. Apa kejadian yg jadi buat awak pedih hati nak duduk sana pulak.. Sebab frust ke?? Kalau tak jadi duduk ipoh dan frust tu sy tau la punca dari sy

Tanya Balik

Cuba pegi balik worksyop tu semula. Tanya betul2 apa yg dia ganti hari tu. Biasa benda2 berkaitan dengan karan ni alternator dengan bateri.. Kebiasaan nya la. Kalau luar biasa nya wiring ada problem..

Worksyop kadang2 cakap ganti alternator tapi dia just tukar carbon dalam tu je.. Means tak kan tahan lama. Sana cuaca panas.. Kereta tu hari2 berjalan..

#keta bmw tu mana?

Ada Untuk Kita Nanti..

Awak.. Reseki tu kan bukan datang dari bentuk duit je.. Kadang2 dari kesihatan.. Kadang2 dari segi keselesaan.. Mungkin sekarang ni kita menderita tak cukup duit tampung perbelanjaan kita..

Awak.. Kadang2 Allah dah tetapkan ada rezeki sy tu bahagian utk awak.. Awak perasan tak.. Dalam sy sekat duit kat sini ada rezeki utk awak.. Jadi dah memang tertulis yg Allah tak lupakan awak.. Mungkin lepas ni awak dapat berita gembira.. Kita tak tau kan? Yg penting setiap hari jangan pernah tertinggal doa utk dimurahkan rezeki. Setiap kali subuh sujud terakhir tu awak doa.. Mintak keselesaan dunia dan akhirat.. Mintak dibukakan pintu rezeki di atas bumi dan dari langit.. Setiap kali keluar rumah awal pagi niatkan yg awak mencari rezeki utk anak2..

Awak.. Setiap kali keluar rumah cuba baca surah al-ikhlas.. Baca doa makan.. Mungkin dengar macam kelakar tapi cuba baca maksudnya "Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami atas rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan peliharakanlah kami dari azab neraka"

InsyaAllah.. Itu yang sy amalkan.. Alhamdulillah.. Sy nampak rezeki sy bertambah walaupun sedikit.. Cuba amalkan setiap kali nak melakukan aktiviti mencari rezeki..

Awak jangan putus asa.. Ada rezeki untuk kita nanti.. Sy yakin sangat2.. Keburukkan akan datang dahulu sebelum kebaikkan

Megi Je?

Nape bfast megi je? Awak tgh ikat perut ke skang ni? Awak.. Ingat tak masa mula2 kita kenal awak pakai baju saiz M.. Seluar awak pun saiz 29.. Sy tak kesah awak badan naik ke kurus ke. Yang penting hati awak kat sy x berubah..

Awak.. Nanti cuba lunch lebih sikit ye.. Awak byk buat kerja luar. Kena guna tenaga banyak.. Hal lutut awak tu cuba balut dengan bandage.. Bagi reduce bengkak nya..

Awak.. Kerja hati2.. Ingat kat D&D.. Kalau awak cedera susah diorang nanti..

Nanti pastikan tanya kawan2 yang balik sini berapa harga pati ikan haruan tu. Lepas tu bagitau kat sy..

Awak.. Dah sampai opis? Awak set up dulu kerja awak k.. Apa2 awak update nanti..

Jaga diri.. Jaga personaliti..

#SSASS

Dah Memang Macam Ni

Sepuluh tahun lebih sy keje dan pengurusan Perak la yang paling teruk. Terlalu ramai penjilat telur HQ. Tak pe la.. Selagi terdaya sy keja.. Tak terdaya sy amik MC.. Awak.. Sy dah makin hitam laaa...

Awak.. Untuk bulan Januari lepas claim sy untuk ops ni ada lah dapat dalam rm700 lebih.. Alhamdulilah.. Kira berbaloi dengan penat yang sy dapat.. Duit tu sy dah niat nak buat jamuan sikit dekat madrasah dekat rumah mak nanti..

Awak keja tak hari ni? Kaki macam mana? Naik bengkak tak? Jangan lupa letak minyak gamat. Awak.. Sana senang tak dapat pati ikan haruan? Sy nak awak makan tu sekarang ni. Tak pe brapa kos dia sy tanggung.. Yg penting sy nak awak makan sebagai suppliment. Tolong ye nanti bagitau berapa kos dia..

Sy nak cuba buat awak sihat luar dan dalam.. Walaupun awak cakap kos nya tinggi tapi ni je la pengorbanan yang sy mampu buat utk awak.. Tolong ye jangan bagi alasan..

Selamat Tengah Hari

Over bleed? Aritu tak beli sekali ke ubat tahan darah tu?

Sy dah breakfast dah.. Atas simpati tonto.. Diorang belikan nasi lemak dengan teh tarik.. Tengah hari ni tak tau lunch ke tak sebab tak de sapa nak belikan.. Maybe beli roti je kot..

Pukul 6pm kang kene masuk keje balik sampai pukul 12am.. Sok kena masuk keje pukul 7.30am.. Hmm.. Larat ke tak badan ni.. Sanggup ke sok awak tinggal dengan sy dengan waktu kerja tak menentu nih? Sy selalu terfikir kan anak2 bila kena kerja macam ni. Sian kat diorg..

Awak.. Rasanya sy pun penah cakap kita nikah dan bersanding sok pun ala koboi je kot.. Kira konsep ala rock tu tak lari jauh sangat la kot.. InsyaAllah.. Yang penting rukun tu kita ikut..

#rindu,risau,sayang,kehilangan,kejauhan dari awak sgt2

Monday Blues

Salam pagi..
Arini pagi2 dah serba tak kena..
Lewat bangun..
Solat subuh dah siang gajah..
Sampai opis bos dah cari pasal..
Sakit perut tak hilang lagi masuk hari ke5 dah..
Ni sarapan pun belum lagi dah terpacak kat tepi jalan..
Fed up la rasa..
Abis ops pkl 4pm pastu masuk balik kul 6pm smpi 12am..
Hmmm..

Sunday, February 03, 2013

Masa Untuk tidur

nite..

Terlelap

Hmm.. Terlelap pulak tadi.. Nasib baik sedar belum masuk maghrib lagi

Minor Injured?

No.. Awak tau kan macam mana sy risau bila apa2 jadi kat awak? Walaupun awak cakap sikit tapi pada sy kalau boleh seekor nyamuk pun tak boleh sentuh awak.. Sy bising2 bukan pada awak tapi pada company awak. Jangan la bagi diorang lepas tangan dalam hal2 macam ni..

Ok.. If la kan.. Something happen kat sy waktu keje apa 1st impression awak?

#nanti cari app bloger kat playstore. Logo oren sama yang kt blog tu. Mudah kan awak utk post#

Cari Ubat

salah sendiri pun kejadian waktu kerja. tak kan office lepas tangan. tak kan office tak de doctor panel. so klu ada pekerja yang mati kena uruskan sendiri la..?

kalau camtu mintak excuse. balik rumah. cari minyak gamat. sebelum tu cuci dulu.. sakit memang sakit tapi kalau tak buat besok boleh mudarat..

tiba2 sy jadi makin menyampah dengan cara managment company awak..

Allahuakbar..

macammana awak bole jatuh? luka dalam? kene cuci tu.. pegi cek kat hopital k.. takut kena jahit je.. awak.. awak pegi site kena la pakai safety boot.. jangan pakai sandal atau kasut biasa.. boss x bagi saftey boot ke? awak nak sy marah boss awak ke?? banyak kali dah awak accident kat site nih.. diorang takde safety goals ke? company awak tak de ISO ke?? ni yang sy tau mesti boss awak marah awwak sebab alasan careless.. insuran ada cover tak? tolong laa... tolong bangkitkan hal safety ni kat boss awak tu.. ni kena kat kaki.. besok kalau kata sampai libatkan nyawa camne??

Sakit..

Awak.. Hari ni kan.. Badan sy sakit sangat2.. Dari pinggang sampai ke kepala.. Sakit sangat2.. Rasa macam baru lepas eksiden.. Pada hal eksiden tu dalam mimpi je..

Tadi lepas makan roti sy terpaksa makan painkiller sebab tak tahan sangat.. Tak pe la awak.. Sy nak cuba rehat je hari ni..

Awak.. Apa2 nanti bagitahu ye.. Kalau sy senyap mungkin sy terlelap.. Nanti sy sedar sy akan baca k..

Awak.. Jaga diri tau.. Awak insan terpenting dalam hidup sy selepas mak dan abah.. Jangan lupa makan.. Jangan berjemur sangat.. Cuaca panas ni.. Solat jaga k..

Salam sayang peluk cium dari sy yang jauh

Doaku Untukmu Sayang


....

buat macam sy suruh tadi tu dulu.. cuba buat..
insyAllah.. Allah tu maha mendengar..

cuba ye.. kuat semangat untuk buat

Ishtikharah

awak..
sekarang sy nak awak ambil wuduk..
buat solat sunat 2 rakaat..
buat solat ishtikharah..
mintak petunjuk dari Allah..
menangis la sepuas2nya di depan Allah sayang..

harap Allah beri kelonggaran dalam dugaan kita ni.. :'(

Tiada Kata lain..

awak.. sy tak dapat terangkan bagaimana hati sy pada awak..
awak.. dengarlah lagu ini.. ringkasan bagaimana hati sy pada awak..
awak.. setiap hari nama awak tak pernah lekang dalam doa2 sy..

:'(


Perlahan Lahan..

perlahan lahan la awk.. percaya lah.. satu hari nanti rasa itu akan datang,, semuanya tentang rasa..

A Poem For U


My heart beats only for you 


It says we need to be together too 


Yes my heart beats whenever I think of you 


And it beats for ever cause forever I think of you 


For me it's you, my heart and me

But for love, in you, the same needs to be

One cannot clap without a second hand

One cannot love without another on this land

Yes, I need another person and that person is you

If you agree to me I'll be there forever for you..


~courtsey from a friend Sam Kadir~

Maksudnya..

maksudnya awak memang tengah mencuba mencari yang lain ye.. hmm..
sebab tu ke awak tanya sy kenapa berjauh rasa dengan awak tadi..?
hmmm...

Kenapa??

kenapa? kenapa?

Saturday, February 02, 2013

Merajuk?

mana ada sy merajuk.. sy cuma boring je kat rumah tadi.. tak de apa nak dibuat.. ditambah pulak dengan cuaca yang sangat panas.. kawan2 semua tah hilang ke mana.. masing2 macam menjauhkan diri dari sy.. adakah diorang terasa dengan status sy tu? lantak dioramg laa.. sekurang kurangmya sy dah boleh nampak siapa kawan2 sy yang cuba nak menangguk di air keruh.. :)

sy? sy macam ni je la.. macam biasa.. tak pe la.. awak rehat2 kan badan tu dulu.. sy nak pegi cari barang yang boleh mengisi perut sy ni.. malas sebenarnya sebab kedai kat bawah ni semua tutup.. maklum lah orang BIDOR semua kaya2.. meniaga sekadar mengisi masa lapang.. tengok lah nanti macam mana.. agak kalau semua kedai tutup sy nak pegi makan kat KL je la.. :)

Panas Petang..

dia sibuk agak nya..
tak pe la.. aku cuba sibuk kan diri aku sikit..
lama tak pusing2 dengan JENny..
mungkin untuk terakhir kali..


Awak..

sy ok je.. cuma masalah sakit perut sy masih ada
tadi baru brunch.. lepas makan terus membuang lagi.. yg entah utk berapa kali
puas segala ubat sy makan.. air bergelen2 sy minum.. tapi tetap sama..

tak apa la. masalah sy sikit je..
tadi gak sy pegi jahit seluar pendek sy yg jadi kegemaran awak tu..
dah koyak kat kelengkang.. sayang sy nak buang sebab byk kenangan..

awak.. nanti pegi beli ubat ok.. budgetkan cukup2 habis beli utk simpan stok..
sebab sy takut nanti hilang lagi kalau simpan diluar..

awak.. sy nak solat zohor jap
tadi subuh sy terlepas sebab badan letih :(
dah tak cukup 5 kali untuk kali ini..


Susah Senang Gelak Nangis Sama2

susah senang kita
gelak nangis kita
suka duka kita

hanya kita yang tahu..
hanya kita yang selesaikan..

waktu ini waktu awak..
mana tau besok waktu saya..

jangan dikirakan sangat..
ambil beli ubat waktu siang ni..

Tabung

Nanti minta periksa ye tabung harimau..
Ambil guna beli ubat sakit kepala..

Pagi Yg Tengah Hari

salam..

selamat pagi.. walaupun dah hampir tengah hari..
hari ni pagi2 lagi sy dah kemas rumah yg dah tak macam rumah..
sibuk dengan tugas sampai rumah pun tak terbela

jap lagi sy nak pegi hantar baju ke dobi..
pastu nak pegi tailor nak jahit seluar yang koyak..

hari ni sama macam 2 3 hari yg lepas.. sangat panas..

nanti selesai semua nya sy post lagi ye..

jaga diri..

Selamat Malam

hmm.. tak pe la. sy tidur dulu

selamat malam
jaga diri
solat jangan tinggal
LuMu

assallamualaikum..

Friday, February 01, 2013

Rahsia

sy tak bole bagitahu sekarang macam mana sy nak bantu..
awak..
sy tau awak baru kena sebab tadi sy kesenakkan yang amat luar biasa..
ari2 sy sakit tak pasal2

awak..
sy rasa nak rehat sekejap.. nak kumpul tenaga nak solat isya..
boleh izinkan sy?
lepas tu sy nak tidur utk malam ni..
sy terasa letih sangat2..
yg pasti jam 3 sy pasti tersedar..
itu yg pasti..
tanpa sebab..
sudah hampir 2 bulan macam ni..


Ok

ok la sy faham.. sy akan cuba bantu yg mana termampu..

Juga Masih Sama

seperti awak sy juga merasa tentang itu
perut sy tiba tiba menjadi keras
seperti masa mula2 kita menjadi tegang dahulu
makin ketara setiap kali sy mengaji
senak tak terkata

tapi sy cuba tahan
awak boleh tahan begitu juga sy
walaupon sakit tapi itu terpaksa dihadap juga

sy juga kana cuba senyum walaupun terpaksa..

#cuba cari seberapa byk pokok kaktus dan letak kan dalam bilik tidur dan sekitar rumah. kita usaha..

Haaa??

makin menjadi2?? event dekat site??

malam tadi macam mane? lepas keta rosak tu?
sapa rescue awak?
keta mcm mane?
awak mcm mane masa tunggu tu?
D&D mcm mane?
apa jadi lepas balik tu?

Apa Maksud Awak?

salam..

awak.. malam tadi worst? apa maksud awak?

Baru Habis Kerja.. Letih


Panas nya cuaca arini..

Awak.. Sy baru abis keje.. Baru je sampai opis.. Letih sangat2.. Tadi masa solat jumaat hampir terlelap.. Nasib baik pakcik sebelah cuit2 sy :)

Awak.. Mcm ni la kita kan.. Keje penat susah payah tapi senang je hasil penat lelah kita orang sekat.. Orang ke? Sy lebih senang andaikan itu syaitan.. Sebab Allah dah turunkan rezeki sepatutnya pada kita dan yang gemar ambil hak orang ni syaitan dan jin sahaja..

Awak.. Selesaikan dulu ye tugas awak. Tak payah kelam kabut reply post.. Dah setel dan tengah tenang nanti baru reply ye..

Sy nak balik dulu.. Nak beli ais rm2.. Nak letak dalam tempayan pastu mandi..

Awak.. Jaga diri tau.. Jangan marah2.. Kita keje memang susah tapi kalau tak keje lagi susah..

Salam sayang dan rindu dari sy yang jauh..

Awak Mana?

Awak.. Awak mana? Risau sy.. :'(

Dugaan Cabaran

Assallamualaikum..

Selamat pagi..

Awak.. Maaf sy tak dapat reply semalam sebab lepas solat isya sy terlelap.. Sy baca post awak pukul 3am tadi..

Awak.. Macam mana semalam? Dah selesai ke macam mana?

Awak.. Sabar ye.. Nanti kita cuba ikhtiar lain... Tak boleh sembang sini.. Banyak mata yang membaca..

Awak.. Cabaran sy harini.. Di tukar lokasi ke tempat yang lagi panas hanya berlindung di balik pokok.. Hanya kerana orang atasan sy percaya bulat2 aduan orang awam mengatakan kami curi tulang dan tidak bekerja.. Tak pe lah.. Hati orang awam lagi perlu dijaga dari hati anak buah sendiri.. Awak cuba tengok nanti gambar yg sy letak kat tempat biasa tu..

Awak.. Dugaan kita makin tinggi.. Cabaran kita makin tinggi.. Harap kita sama2 kuat.. Kalau antara kita lemah mesti kita akan gagal..

Awak.. Kita sambung nanti yr.. Masa post ni ditulis si penjilat telur pegawai ada kat sebelah sy ni.. Memang sy sengaja nak tunjuk macam sy tak buat kerja. Nak tengok apa lagi aduan yang dia nak buat..

Jaga diri.. Jaga hati..

Peluk cium dari sy..