Mungkin entry kali ni agak kelainan sikit.. Aku berniat walau pun tujuan asal blog aku ni adalah untuk dia dan selepas ni aku tak tau nak tujukan blog ni pada sapa.. Aku tetap akan post apa2 entry dan cuba maintain blog ni walaupun dia dah x amek pot lagi.. Aku anggap blog ni tempat aku luahkan perasaan dan apa saja yg terpendam dalam hati aku ni..
Aku akan cuba buat entry yg 100% berkenaan diri aku. Walaupun org akan ckp aku syok sendiri (ada ke org nak baca blog aku ni?) tapi aku tak kesah. At least kalau aku mati blog ni akan jadi sebahagian dari sejarah hidup aku. Sekurang2 nya sedikit sebanyak org akan tau cerita sedih suka duka gembira aku..
Ok la.. Aku dah melalut dah ni. Aku cuba tak nak emo lagi dah..
Kepada dia.. Awak dah buat keputusan awak. Tak pe la. Sy hormat keputusan awak.. Awak akan tau juga hal sebenarnya nanti
Untuk yg lain.. Nantikan entry aku yg boleh dijangka akan menjadi semakin mengarut..
Chow!!
No comments:
Post a Comment