Thursday, April 11, 2013

Borak Sensorang

Memula memang macam bodoh je rasa.. Tapi bila lama2 dah tak de rasa apa dah.. Sama je.. Maksud aku ni siri bercakap sorang2.. Ada kaunselor dari JPA bagitau kadang2 seseorang tu cenderung utk bercakap sensorang sebab terlalu tertekan dan terpendam dalam sesuatu hasrat.. Dalam konteks seharian aku ni sebab aku sunyi.. :(

Ye.. Sunyi.. Memang la aku ada kawan2(?) keliling aku tapi bukan semua benda aku boleh luahkan pada kawan2 aku.. Orang bijak pernah berkata " jangan ceritakan segalanya kepada rakan anda kerana jika keadaan berubah kepada musuh apa yg diceritakan itu akan menjadi senjata mereka ".. Jadi dalam kes aku ni aku selalu la bercakap sensorang.. Kadang kalau orang lain tengok for sure orang akan cakap aku dah gila.. Tapi lantak la.. Aku tak kacau diorang pun..

#aku rindukan waktu aku punya awek yg 'dulu'

No comments:

Post a Comment